Hipokrit betul rasanya bila buat post ni. Sebab aku breastfeed Aria pun 4 bulan je. Kah.
Takpelah. Berkongsi ilmu.
So yes,
I only breastfeed my daughter sampai umur dia 4-5 bulan sahaja. Kenapa? Ogod, seriously-- deciding to finally stop breastfeeding is probably the hardest decision I have ever made yet. Because I honestly love breastfeeding, itu lah the only moment where I feel like my daughter was like literally a part of me. Macam--okay baby, mommy is breastfeeding you now and you are safe in mommy's hand. The bond felt really strong when you breastfeed your child. Dengan bapak sampai bila bila anak tu takkan dapat that kind of bond sebab guys cannot breastfeed. (booyah papa!)
I stopped nenenkan Aria sebab I had a serious problem of breast milk shortage. Aku syak sebab aku dah start kerja and I tend to be stressed when I'm at work-- I didn't have proper time to pump, I didn't eat properly and I have no one else to blame except for me on that.
Did my breast milk shortage problem occurred when I first gave birth to Aria?
Nope.
I had like the perfect amount of breast milk for the first three months after giving birth to Aria. Kiranya anak aku tu dulu tak pernah tak kenyang lah. Kalau pump pun, sekali pump dapat 7-10 oz. (Sebelah okeh!) So basically if I pump 3 - 4 kali sehari, aku boleh dapat at least 20oz. Lumayan kan?
Oleh sebab at the moment I was so determined nak breastfeed Aria until at least 6 months, aku bertukar from manual pump which cost me RM60 to an electric pump yang berharga RM280. Brand EveLove. Comel ya hamat pump ni, penggunaan pun mudah dan selesa.
Cenggini ha rupa breastpump tu.
Tapi apakan daya, seawal 3 bulan dah nampak susu aku merudum. Nak menangis pun ada masa aku & husband decide nak kena bagi Aria formula milk sebab dia asyik nangis tak kenyang je.
At the same time aku ikhtiar la jugak nak banyakkan balik penghasilan susu. So I Googled, all kinds of petua. Meh aku senaraikan la petua yang aku amalkan masa menyusukan Aria;
1. Susu Kambing. - Susu Kambing ni kira macam aku punya minuman wajib la masa breastfeed. Aku beli yang Hi-Goat tu. Kisahnya yang aku start minum susu kambing (serius aku tak pernah suka minum susu sepanjang kedewasaan ini) masa dak Aria kena jaundice, orang cakap bagi anak minum susu kambing, aku tak sanggup nak bagi Aria makanya aku la korbankan diri untuk minum susu kambing, orang cakap nak lagi mujarab minum yang piawwww punya susu kambing yang baru perah, yang baru hamis dok lekat lagi tu but sorry lah gua nak minum, sebagai alternatif aku pun beli la Hi-Goat. Aku tambah dengan Horlicks/Milo/madu/oat sikit kasi sedap. Aku amalkan sampai sekarang. Walaupun dah stop breastfeed :3
2. Air rebusan Kurma Merah + Goji + Longan Kering - Mula mula I was like, perghhhhh bau kedai tabib cina la siott air ni. Tapi oleh sebab aku seorang yang kreatif dan suka bereksperimentasi dengan makanan, aku campurkan air rebusan ni tadi, dalam susu kambing aku. Sedap gak, rase macam manis manis gitu. Mane nak carik barang barang di atas? Pergi kedai sensei, setiap pekan mesti at least ada satu kedai sensei ni. Kau cakap je nak beli kurma merah, goji dengan longan kering dia tau la kau nak buat apa bende bende tu semua. Sebab aku pernah tanya, diorang cakap orang cina lepas bersalin tak minum air kosong. Dia minum air rebusan ni sebab elok untuk melancarkan darah & memanaskan badan.
3. Biskut oat - Aku makan biskut oat sebab masa dalam pantang member aku datang rumah dia bawak sebungkus biskut oat untuk aku. Dia cakap buat jajan lagipun ye la, orang dalam pantang mane boleh makan jajan pelik pelik kan. So makan biskut la.
4. Minum air suam - ni tak payah tunggu breastfeed la, memang petua nak badan sihat kena minum banyak air suam at least 3liter sehari. So, pandai pandai korang la nak teguk berapa botol.
5. Makan on time - bangun pagi never skip breakfast, never skip your lunch, snacking, never skip your dinner. NEVER EVER (kecuali puasa, in that case you can makan kurma untuk tambah tenaga). Tapi memang during breastfeeding kau akan automatically makan dengan lahapnya pun. Kah.
6. Direct Breastfeeding - Ni yang aku kurang buat sebab lepas aku start hantar Aria dekat rumah pengasuh, dia belajar guna botol susu, she refused to have the original nip. Tak kecewa kau. Walaubagaimana banyak pun kau pump sehari, kalau tak ada ransangan from direct breastfeeding susah susu kau nak produce. Anak kau boleh menghadapi masalah 'Nipple confusion' maksudnya dia confused antara nipple kau dengan puting botol susu. Dia akan prefer puting botol susu sebab dia tak perlukan effort yang banyak untuk menyedut susu keluar compared to nenen ibu. True story.
The aftermath;
Lepas dah stop breastfeed, ada lagi cabaran dia-- mulut orang.
A: Ehhhhh kenapa awal sangat stop breastfeed? Susu formula bukan elok sangat. (Muka judgy)
B: Anak saya sampai sekarang exclusive breastfeed. (Muka belagak)
C: Kalau bf nanti anak cerdik tau.
Ergh. Fcking annoyying.
Kena faham. Setiap orang pengalamannya tak sama. Sesetengah tu diberikan rezeki untuk menyusu penuh anak sampai umur dua tahun, sesetengah pulak ada yang memang tak ada susu sejak melahirkan anak. Jadi kepada sesiapa yang masih breastfeed anak anda, kipidap. Jangan laju nak judge orang lain sebab stop breastfeed awal. Jaga je boobies masing masing, ok?
So,
That was my breastfeeding journey, walaupun kejap but I enjoyed every minute of it. Sampai sekarang pun bila nampak anak orang lain breastfeed aku akan cakap dekat Aria "Ha, awak tengok tu adik nenen dengan mami dia, awak la rugi tak mau nenen lama lama dulu." HAHA. Memang dia tak faham apa apa tapi saja buat bergurau dengan dia.
Lepas ni aku cerita journey memilih susu tepung yang sesuai untuk anak pulak k.
Gerak duluw.
